14 Oktober 2010

JODOH....


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.









assalamualaikum wbt...;)

14 Oktober 2009

Show@Rumah Terbuka Aidilfitri DBKL...





Emmm...nak story lagi lah ni...rezeki murah raye ni..dapat show menyanyi utk rumah terbuka DBKL 6 Oktober ari ru kat Stadium Titiwangsa...ade gak artis jemputan cam Aizat, Dina & Jay Jay..dorang sume sporting n friendly...seronok dapat nyanyi ngan dorang...baju yg kat atas ni bukan sponsor mane2 pihak ek..harap maklum...sponsor by my poket money!!!huhuuu...

Snorkeling@Pulau Kapas wit Family...Syok!!!



Ni nak story kat korang...best nii..cuti raya ari tuh aku ngan famili n sedara mara aku pegi holiday kat terengganu..kitorang stay kat chalet dekat tepi pantai ape nama tah da lupe pulak... Kitorang jalan2 kat pasar payang..makan2...seronok dapat bercuti...tapi menda yang paling seronok of coz la snorkeling...cantik tmpt tu..kat pulau kapas...naik jeti dr marang then dlm 30 minit sampai laa...seronok dapat tgk hidupan laut sambil terapung2..huhuuu...xpenah rasa seronok camtuh wpun takut banget!!!heheee...nanti nak gi holiday tmpt yg best nak snorkeling pegilah pulau kapas....kompem happy!!!

02 Ogos 2009

KA...Ling...Nurt....





thanx a lot to KA and Ling... cantek blog "PrinCeSS Waheeda" coz of korang kan??? tenkiu...tenkiu...tenkiu wat blog pinky neh... nanti org blanje Kepsi tapi bayar sendiri... boleh tak???wakakaka... to Nurt...Miss U So Much!!!
Luv Uols....mmuuuaahxx!!!!

31 Julai 2009

Biar Diddy Sambung

Biar Diddy Sambung
Diddy Hirdy feat. Wangi (The Fabulous Cats)

(1st verse)
Ku dengar ada jawatan kosong
untuk sang pencinta
pelukis pewarna jiwa
ku ingin jadi yang pertama
mengisi aplikasimu
tapi bagaimana aku tak tahu
aku sanggup menunggu
dari malam sampai ke subuh
hanya untuk mendengar
kata luka mu
aku hanya kedua
tidak sepertinya
kan menyakiti mu
kan mengguris hati mu

(chorus)
derita yang kau tanggung
bila cinta tak berhubung
tak perlu nak disanjung
kerna jiwa kosong
usah duduk termenung
usah asyik dilambung
ini bukan omong kosong
takkan ku biar lohong
biarkan ia terlopong
biar ku sambung
cinta mu yang dibohong

(2nd verse)
dia mencuri hatimu
dia merampas hidupku
aku tetap setia
dia merobek hatimu
ku jadi pengubat
luka mu
sungguh aku jujur

(repeat chorus)

(bridge)
(Wangi) dekat pada ku
kan ku dekat pada mu oh
(Wangi) erat janji mu
ku erat janji ku
(Wangi) pegang kata mu
ku pegang kata mu oh
(Wangi) sampai niat kepada ku agar kita (bersama)

(repeat chorus)

usah duduk termenung
usah asyik di lambung
ini bukan omong kosong
takkan ku biar lohong
biarkan ia terlopong
biar diddy sambung
cinta mu yang dibohong

cinta mu tak ku siakan
tak ku gores hati mu
biar ku menjaga mu
ke akhir hayat ku

jangan duduk termenung
ini bukan omong kosong
takkan dibiar lohong
(Wangi) biar kau sambung
biar ku sambung
biar di sambung

diambil dari Blog Diddy

Selamat Datang

Selamat datang semua ke blog Princess Waheeda ^_^ Terima kasih kerana sudi luangkan masa berkunjung ke sini. Harap anda semua senantiasa diberkati dan dilimpahi kurnia dari Allah S.W.T. Selamat membaca dan terus mengunjungi blog Princess Waheeda